Friday, December 11, 2009


Penulis beranggapan sebilangan besar mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sudah mengenali dua 'figure' mahasiswa yang penulis paparkan di dalam gambar di atas.Namun persoalannya sekarang siapakah mereka sebenarnya? Apakah jasa & pengorbanan yang telah mereka curahkan di bumi KUIS ini hingga sebilangan mahasiswa KUIS mengenali serta mengagumi kredibiliti mahupun ketokohan 'sosok tubuh' di atas? Apakah 'ramuan rahsia' mereka hinggakan segala yang berlaku di bumi KUIS ini di lihat ada kaitannya dengan mereka.




Saudara Izad B. Abd Aziz ; mantan YDP MPP KUIS 05/06. Inilah dia satu 'bayangan' yang sering diterjemahkan oleh segelintir mahasiswa KUIS terutamanya bagi mereka yang hidup 'se-zaman' dengan beliau sebagai seorang yang sering menimbulkan 'kontroversi'. Permulaan 'hidupnya' di KUIS amatlah gemilang. Bermula dengan mengambil jurusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di bumi KUIS ini; dikenali sebagai seorang pelajar tahfiz yang bereterampilan, mudah didekati, disenangi oleh sebilangan besar pensyarah, bijak serta petah berkata-kata dan turut dikenali sebagai seorang pelajar yang agak 'genius' hinggakan menerima anugerah pelajar diploma tahfiz terbaik sewaktu istiadat konvokesyen pada tahun 2006.

Memulakan perjalanan siasahnya dengan menyertai pilihanraya kampus pada tahun 2004 dan seterusnya ditaklifkan dengan jawatan Sekretariat Pembangunan Insan. Perjalanan siasahnya tidak berakhir di situ, kemudian beliau bertanding sekali lagi pada pilihanraya kampus seterusnya dan terus di 'tabalkan' sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 05/06.

Setelah menamatkan pengajiannya, beliau terus diterima bekerja sebagai Eksekutif Masjid Al-Azhar dan ketika inilah segalanya bermula.

Ditugaskan oleh Nazir Masjid Al-Azhar; Ustz Mohd Farid Ravi B. Abdullah sebagai penasihat ataupun 'mentor' kepada Kelab Al-Azhar Members; satu-satunya persatuan yang bernaung di bawah seliaan masjid pada ketika itu. Ketika saat inilah beliau tampak lebih 'tajam' dan 'keras' dalam mengeluarkan pandangan,kritikan mahupun kutukan kepada pihak pentadbiran dan tidak ketinggalan juga kepada barisan kepimpinan MPP KUIS yang dipimpin oleh Saudara Fakhrurrazi; pemimpin yang dinaikkan namanya oleh Saudara Izad B Abd Aziz.

Klimaks kepada kisah perjalanan hidupnya di bumi KUIS ini ialah ketika mana beliau menjadi Imam 3 Masjid Al-Azhar dan telah 'mengarahkan' serta memimpin barisan pimpinan Kelab Al-Azhar Members (ALAM) dan 'budak-budak' ALAM untuk melakukan demonstrasi 'Mansuh ISA' di hadapan perkarangan Masjid Al-Azhar pada 31 Julai 2009 iaitu sehari sebelum berlakunya demonstrasi besar-besaran ' Mansuh ISA ' yang diadakan di bandar Kuala Lumpur.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, beliau telah diarahan oleh Nazir Masjid Al-Azhar untuk meletakkan jawatan sebagai Imam 3 Masjid tersebut dan sekali gus hilang kelayakan' sebagai 'mentor' ALAM.

Kisah hidupnya tidak berakhir disitu. Setelah meletakkan jawatan sebagai Imam 3 Masjid Al-Azhar, beliau mula jarang kelihatan di kawasan KUIS sehingga kedengaran berita yang memaklumkan bahawa beliau telah berhenti daripada pengajiannya di KUIS (sewaktu itu beliau sedang menjalani pengajiannya di peringkat Ijazah Syariah & Undang-Undang) .

Namun, pada awal November yang lalu namanya mula bergema ekoran daripada tertubuhnya satu gerakan yang dikenali sebagai 'Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)'. GMS merupakan sebuah gerakan yang bermatlamatkan penurunan harga yuran KUIS dengan apa cara sekalipun dan klimaks gerakan tersebut ialah bila mana mereka melakukan demonstrasi secara aman di dalam kampus KUIS.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa saudara Izad Aziz terlibat dengan gerakan tersebut walhal beliau sudah berhenti dari KUIS. Siapakah beliau di belakang GMS mahupun ALAM? Mengapa GMS dan ALAM masih dibayangi oleh bayang-bayang Saudara Izad B Abd Aziz? Saudara Izad B Abd Aziz 'mastermind' ALAM & GMS?




Saudara Fakhrurrazi; Mantan YDP MPP KUIS sesi 06/07. Tidak banyak yang dapat penulis nukilkan mengenai beliau. Beliau mula menduduki 'takhta' MPP sejak zaman Saudara Izad B Abd Aziz menjadi YDP nya lagi. Beliau juga telah berjaya meraih sokongan untuk mengisi kerusi YDP MPP KUIS sesi 06/07 juga atas sokongan dan cadangan Saudara Izad B Abd Aziz. Tidak ada yang dapat dibanggakan oleh pemilik wajah di atas. Berjayanya beliau di bumi KUIS hanyalah atas sokongan dan ehsan individu lain yang sudah mempunyai 'nilai pasaran'.

Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Pengajian Islam (Usuluddin), beliau terus memasuki bidang kerjaya dengan menjadi salah seorang ahli keluarga 'Aman Palestin'. Namanya mula dilupakan oleh segelintir mahasiswa KUIS walaupun kelibatnya sering dapat dilihat di kawasan kampus KUIS dan kadang-kala di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Namun sejak kebelakangan ini, nama & mukanya makin dikenali oleh mahasiswa KUIS di atas penglibatannya dalam mengharungi 'isu panas' di bumi KUIS sekarang ini iaitu isu yuran yang di canang-canang oleh 'Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)'.

Kehadirannya dalam politik kampus KUIS bukan hanya sebagai pemerhati namun kelibatnya dilihat sebagai 'penasihat tidak rasmi' kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa yang dikepalai oleh Saudara Nasrul Izad. Kehadirannya dalam politik kampus KUIS mula dikesan apabila beliau hadir sebagai tetamu jemputan di Himpunan Perdana Mahasiswa (HIMSIS). Kemudian beliau mula merencanakan perjalanan siasah kampusnya dengan mengeluarkan arikel-artikel kritikan terhadap Gerakan Mahasiswa Sedar melalui blog peribadinya, menghubungi Pengerusi Solidarity Mahasiswa Malaysia; Saudara Shazni Munir, menghantar artikelnya ke Mahasiswakini untuk disiarkan dan beliau sering kelihatan bersama-sama dengan Presiden MPM KUIS; Saudara Nasrul Izad. Hal ini menimbulkan spekulasi seakan-akan beliau adalah 'mastermind' MPM.

'Mastermind' MPM? Siapakah saudara Fakhrurrazi sebenarnya di sebalik MPM yang diterajui oleh Saudara Nasrul Izad? Apakah rancangan sebenar beliau untuk memacu MPM pada masa akan datang?

Persoalannya disini, benarkah dua orang mantan 'kepala' MPP KUIS suatu ketika dahulu ini iaitu Saudara Izad B Abd Aziz merupakan 'mastermind' kepada ALAM & GMS serta Saudara Fakhrurrazi merupakan 'mastermind' kepada MPM?

MAHASISWA TAHU JAWAPANNYA.

Thursday, December 10, 2009

KAMI MENUNTUT GMS & GKM MENJAWAB PERSOALAN BERIKUT :

1. MANA 'HITAM PUTIH' PERUNTUKAN RM5 JUTA SETAHUN DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA KUIS?

2. KENAPA PERUNTUKAN TERSEBUT TIDAK DIUMUMKAN SENDIRI OLEH PIHAK PENTADBIRAN KUIS?

3. KENAPA BARU SEKARANG GMS HENDAK DIBUBARKAN SELEPAS SEKIAN LAMA MEMBUAT KEKACAUAN DI BUMI KUIS?

4. KENAPA GMS TIDAK MAHU MENDAFTARKAN GERAKAN MEREKA SEBAGAI SEBUAH GERAKAN YAN SAH?

5. BAGAIMANA PULA PENDIRIAN & PERJUANGAN GMS SELEPAS INI TERHADAP ISU BIAH SOLEHAH YANG MELANDA BUMI KUIS?

6. SIAPA SEBENARNYA GAGASAN KEADILAN MAHASISWA (GKM)?

7. ADAKAH GKM INI MERUPAKAN 'ORANG' MPM JUGA?

8. APAKAH MATLAMAT UTAMA GKM?ADAKAH HANYA UNTUK MENGHENTAM GMS & MEMANIPULASI KEADAAN?

9. KAMI MENUNTUT GKM MENAMPILKAN 'SOSOK TUBUH' UTAMA MEREKA!

10. KENAPA MPM MENAFIKAN GKM ADALAH 'ORANG' MEREKASENDIRI WALHAL MEMO MPM DAN MEMO GKM DITAMPAL PADA MASA DAN TEMPAT YANG SAMA SERTA TURUT DITAMPAL OLEH ORANG YANG SAMA JUGA


KAMI MENUNTUT JAWAPAN !!!!!